Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sambil menegaskan terdapat campur tangan ejen kerajaan di sebalik kematian ngeri dua pejuang revolusi di al-Maqgsha (Barat Manama), para aktivis politik Bahrain turut meragui berita yang disebarkan media am rejim Al Khalifah tentang tragedi tersebut.
Aktivis dan pembangkang Bahrain mempertikaikan berita mengenai kematian Ali Abbas dan Ahmad Abdul Rasul serta kecederaan yang dialami 3 orang yang lain dalam serangan terbaru pihak kerajaan terhadap gerakan revolusi.
Salah seorang pembangkang Bahrain Qassim al-Hashimi menegaskan pihak kerajaan telah bertindak kejam terhadap aktivis-aktivis politik dengan membakar mereka hidup-hidup dalam kenderaan.
Al-Hashimi menambah, "Api kebakaran biasanya berpunca dari letupan, enjin kenderaan tidak mampu menyebabkan kebakaran luar biasa ini sehingga yang tertinggal hanya tulang rangka mereka".
Pihak pembangkang Bahrain mendedahkan sebelum terjadi pembakaran tersebut, pasukan keselamtan Bahrain dan ejen-ejennya telah berada di beberapa tempat dan melepaskan gas pemedih mata secara rambang sedangkan para pemuda di kawasan tersebut aktif melakukan kegiatan revolusi.
Menurut aktivis hak asasi manusia Bahrain, Muhammad al-Tal, operasi bersepadu tersebut bertujuan mengalih perhatian umum dari perkembangan semasa pembangkang Bahrain.
Tambah beliau, "Pertamanya, pihak yang harus dituduh dalam kejadian ini ialah rejim Al Khalifah dan badan perisikannya. Tidak syak lagi, pihak rejim perlu bertanggung jawab terhadap setiap jiwa yang gugur syahid".
Menurut perkembangan terkini dari Bahrain, dua aktivis politik telah gugur syahid akibat dibakar hidup-hidup dalam sebuah kenderaan. Dengan ini jumlah korban dalam revolusi Bahrain sejak tahun 2011 telah meningkat seramai 125 orang.



